Tuesday, 17 May 2022

KT Bypass dijangka siap April ini, lebih awal berbanding jadual asal

  • Published in Ekonomi

KUALA TERENGGANU, 24 Januari- Projek Jalan Pintasan Kuala Terengganu (KT Bypass) dijangka siap lebih awal iaitu pada April ini berbanding jadual asal, September depan.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof optimis ia mampu disiapkan lebih awal susulan kemajuan pembinaannya yang telah mencecah hampir 92 peratus.

"Mereka bagi komitmen untuk menyiapkan projek ini lebih awal daripada jadual iaitu 'target'nya April ini dan saya doakan tiada lagi masalah berhubung pelaksanaan dan ianya dapat disiapkan awal dan akhirnya dibuka kepada orang ramai dimana dengan adanya projek ini, ia akan menjadi jalan alternatif supaya orang yang hendak pergi tidak akan melalui bandar Kuala Terengganu lagi, bermakna ia akan mengurangkan kesesakan di bandar Kuala Terengganu itu sendiri. Kedua apabila ianya sudah siap, akan menjimatkan lebih kurang setengah jam perjalanan," katanya.

Jajaran projek itu melibatkan pembinaan laluan sepanjang 5.875 kilometer bermula dari persimpangan Tok Molor, Jalan Tok Adis (T12) hingga ke Kampung Durian Burung di Jalan Persekutuan FT03 Kota Bharu-Kuala Terengganu.

Secara keseluruhan, projek berkenaan menelan belanja sebanyak RM321 juta termasuk RM167 juta merupakan kos kontrak manakala RM154 juta pula bagi kos pengambilan 293 lot tanah.

Kewujudannya mampu mengelakkan kesesakan trafik selain menjimatkan masa perjalanan.