Sunday, 22 May 2022

Projek rel, hampir 100,000 tenaga profesional, mahir dan separa mahir diperlukan

  • Published in Ekonomi


PUTRAJAYA, 24 Januari
- Hampir 100,000 bakat profesional, mahir dan separa mahir diperlukan bagi memacu pertumbuhan pesat projek rel dalam negara pada masa akan datang.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, kementerian mempunyai visi untuk melihat industri rel menjadi sektor perniagaan lebih kukuh dan berdaya saing.

Kerajaan juga katanya komited memberi sokongan dan panduan kepada pemain industri tempatan yang ingin berusaha menambah kepakaran, penambahbaikan fasiliti dan kapasiti masing-masing.

Ketika ini, tujuh projek pembinaan diluluskan melibatkan penambahan 1,030 kilometer trek rel.

"Melalui pembangunan industri rel secara holistik di bawah Pusat Kecemerlangan Rel Kebangsaan, sasaran meningkatkan peratusan penggunaan kandungan tempatan kepada 45 peratus menjelang 2030 bakal dicapai," kata beliau semasa merasmikan Malaysia Rail Dialogue 2022 di Putrajaya.

Ujarnya melalui platform dialog itu, pemain industri rel tempatan dapat menyuarakan secara langsung isu dihadapi selain cadangan pemerkasaan polisi sedia ada.