Monday, 16 May 2022

RCEP jadikan Malaysia lebih berdaya saing- Azmin

  • Published in Ekonomi


BATU CAVES, 22 Januari- Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau; RCEP akan menjadikan Malaysia lebih berdaya saing dalam perdagangan dan pelaburan.

Ini menerusi manfaat yang bakal dinikmati oleh negara khususnya pengurangan kadar tarif yang akan menjadikan kos perniagaan lebih rendah serta perkhidmatan dan produk lebih kompetitif.

Menurut Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, RCEP yang meliputi 15 buah negara dengan RM2.2 bilion penduduk turut menawarkan potensi pasaran lebih luas kepada syarikat tempatan.

"Kita harus ingat, RCEP merupakan perjanjian perdagangan yang terbesar di dunia pada hari ini kerana dia mewakili 1/3 daripada KDNK negara. Peluang Malaysia untuk terus kompetitif itu cerah dan saya yakin dengan kemampuan kita untuk mengekalkan momentum ini," katanya selepas Majlis Setulus Kasih di Sekolah Kebangsaan Taman Samudra di Batu Caves.

Sementara itu, beliau yakin unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2022, mampu dicapai jika momentum perdagangan dan pelaburan yang memberangsangkan tahun lalu dapat dikekalkan.