Logo

VTL Singapura-Malaysia, rancakkan lagi ekonomi menjelang sambutan Tahun Baharu Cina


JELI, 22 Januari
- Pembukaan semula Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) mampu merancakkan semula kegiatan ekonomi negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamad berkata, pembukaan sempadan antarabangsa Singapura-Malaysia itu memberi manfaat kepada pelbagai pihak khususnya golongan peniaga di Johor.

“Dengan adanya VTL yang dibolehkan semula jika sebelum ini dihentikan selama sebulan, semalam diumumkan pergerakan Malaysia- Singapura ini berdasarkan SOP tetapi yang pentingnya pergerakan bermula jadi kita harap dengan pembukaan sempadan antarabangsa akan meningkatkan lagi kegiatan ekonomi di Malaysia,"katanya selepas merasmikan Program CSR Pendidikan Yayasan Pelajaran Mara (YPM) di Jeli.

Sementara itu Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli berkata, penularan wabak Omicron tidak memberi kesan besar terhadap ekonomi negara.

“Umumnya kita rasa tidak ada kesan besar kerana tahun lepas ada 'total lockdown' tidak boleh bergerak, tidak boleh rentas sempadan, tidak boleh rentas daerah jadi tahun ini dah boleh rentas daerah rentas negeri jadi keadaan perniagaan pun telah bergerak, sektor pembuatan tidak ada kesan begitu juga sektor pertanian dan lain-lain perkhidmatan kecuali yang masih lagi terkesan sektor pelancongan," katanya.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.