Monday, 16 May 2022

Malaysia negara ke-12 kuat kuasa RCEP

  • Published in Ekonomi



PUTRAJAYA, 21 Januari-
Malaysia bakal menjadi negara ke-12 menandatangani Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), selepas menyerahkan Instrumen Ratifikasi (IOR) kepada Sekretariat ASEAN di Jakarta, Indonesia pada 17 Januari lalu.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memaklumkan, Perjanjian Perdagangan Bebas terbesar dunia itu akan mula berkuat kuasa di negara ini, bermula 18 Mac depan.

"Selaras peruntukan (RCEP), pakatan perdagangan itu akan berkuat kuasa selepas 60 hari surat cara ratifikasi diserahkan.

Berdasarkan Data Bank Dunia, RCEP meliputi 15 negara dengan 2.2 bilion atau hampir satu pertiga penduduk dunia selain mewakili 29.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar dunia," katanya.

Malaysia dijangka menerima manfaat terbesar RCEP dari segi eksport, dengan unjuran nilai peningkatan eksport sebanyak AS$200 juta.

Ia melibatkan hasil daripada penghapusan dan pengurangan tarif barangan dagangan, serta kemudahan eksport dan import barangan dalam kalangan negara RCEP.