Thursday, 26 May 2022

MARii sasar jualan RM300 juta untuk dua platform e-dagang dalam tempoh tiga bulan pertama

  • Published in Ekonomi

CYBERJAYA, 17 Januari- Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) menyasarkan nilai jualan sebanyak RM100 juta bagi dua platform e-dagang yang baharu dan ditambah baik dalam tempoh sebulan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Madani Sahari, platform MARii E-Commerce Marketplace menawarkan produk automotif dan mobiliti, manakala Shopker memfokuskan kepada produk peruncitan.

"Dalam tempoh tiga bulan, kami menyasarkan pendaftaran 10,000 syarikat untuk kedua-dua platform ini, Marii Marketplace dan Shopker meliputi automotif dan bukan automotif.

10,000 syarikat ini dijangka menjana nilai jualan berjumlah RM100 juta ringgit setiap bulan untuk tempoh tiga bulan akan datang," katanya pada majlis pengumuman inisiatif Marii Unified E-Commerce dan pemeteraian perjanjian persefahaman bersama PH Empire Holding Berhad; PHEHB yang secara bersama membangunkan platform Shopker.

Inisiatif itu bakal memperkukuh agenda pendigitalan negara seterusnya membantu usahawan tempatan memperluas pasaran, menerusi platform e-dagang.