Thursday, 26 May 2022

Shopee bekerjasama dengan rakan strategik dalam kempen perjalanan CNY

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 17 Januari- Platform e-Dagang Shopee bersama-sama rakan strategik komited untuk memastikan pengalaman tempahan lebih lancar dan selamat pada musim perayaan, khususnya menjelang sambutan Tahun Baharu Cina, bulan depan.

Syarikat e-dagang itu merekodkan peningkatan sebanyak dua per tiga bagi tempahan perjalanan untuk bas dan penerbangan dalam tempoh dua minggu pertama bulan ini.

Menurut Ketua Kempen Pemasaran Shopee Malaysia, Kenneth Soh secara umum rakyat Malaysia optimis terhadap perjalanan dan mengambil langkah pencegahan yang diperlukan.

"Permintaan terhadap pelitup muka dan baucar ShopeePay untuk kit ujian COVID-19 meningkat, manakala orang ramai mula merancang perjalanan berikutan peningkatan kadar vaksinasi," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Tengah Hari CNY 2022 Shopee hari ini.

Shopee dengan kerjasama Agoda, Airpaz dan Easybook.com turut menawarkan diskaun 10 peratus bagi tempahan tiket bas dan penerbangan menerusi CNY Travel Campaign yang berlangsung sehingga 26 Januari ini.