Monday, 16 May 2022

Skim Saraan Bercagar, permohonan dibuka mulai 17 Januari ini

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 15 Januari - Mulai Isnin ini, permohonan Skim Saraan Bercagar (SSB) akan dibuka kepada pemilik rumah yang layak.

SSB kendalian Perbadanan Gadai Janji Nasional (Cagamas Berhad) membolehkan pesara berumur 55 tahun ke atas, mencagar kediaman mereka bagi mendapat pendapatan bulanan secara tetap.

Seterusnya, membantu mereka membiayai persaraan.

Dengan kadar tetap 5% setahun, skim ini mampu menawarkan bayaran bulanan lebih tinggi kepada pesara.

Individu berminat boleh membuat janji temu untuk permohonan SSB di cawangan KWSP Kuala Lumpur atau Petaling Jaya.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang SSB di "www.ssb.cagamas.com.my."