Monday, 16 May 2022

Malaysia masih destinasi menarik, jumlah pelaburan diluluskan dijangka lebih kukuh

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 14 Januari - Malaysia dijangka mencatat jumlah pelaburan diluluskan lebih kukuh pada 2021, mengatasi pencapaian tiga tahun sebelumnya.

Menurut Lembaga Pelaburan Malaysia (MIDA) prospek negara kekal berdaya tahan apabila merekodkan RM177.8 bilion nilai pelaburan diluluskan bagi tempoh sembilan bulan tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Arham Abdul Rahman berkata daripada jumlah itu, hampir 60 peratus disumbang oleh pelaburan langsung asing (FDI) berjumlah RM106.1 bilion.

Baki RM71.7 bilion lagi merupakan pelaburan langsung domestik (DDI),

Tahun ini, 477 projek dengan cadangan pelaburan bernilai RM33.3 bilion akan dilaksanakan meliputi sektor pembuatan dan perkhidmatan

"Kita harap akan menghasilkan produk berkualiti tinggi yang mesra alam sekitar dan perkhidmatan dalam segmen bernilai tinggi termasuk aeroangkasa, farmasutikal, elektronik, tenaga diperbaharui, optik dan fotonik, petrokimia, teknologi perubatan dan keselamatan makanan," katanya.

Arham berkata syarikat digalak mempercepat penggunaan pendigitalan selain mempergiat aktiviti penyelidikan dan pembangunan bagi menggarap teknologi baharu.