Niaga hadapan FBM KLCI rendah pada sesi awal
- Written by Media Baharu
- Published in Ekonomi
KUALA LUMPUR, 14 Januari - Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah dalam sesi dagangan awal pada Jumaat.
Pada 9.35 pagi ini, kontrak Januari 2022 dan Mac 2022 masing-masing susut 8.5 mata kepada 1,559.0 dan 1,551.5, Februari 2022 berkurangan 7.5 mata kepada 1,561.0 manakala Jun 2022 merosot 9.5 mata kepada 1,546.5.
Jumlah dagangan sebanyak 790 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 31,971 kontrak.
Indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 9.38 mata kepada 1,560.13 selepas 35 minit dagangan dijalankan. - BERNAMA