Thursday, 20 January 2022

updated 2:50 AM UTC, Jan 20, 2022

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil disokong operasi BNM

  • Published in Ekonomi


KUALA LUMPUR, 14 Januari
- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM31.76 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam bernilai RM21.53 bilion.

BNM akan menawarkan tender pasaran wang konvensional RM500 juta selama tujuh hari dan tender Qard lelongan julat tempoh kematangan Islam (iRMA) RM3.6 bilion bagi tempoh tujuh hari hingga 31 hari.

Bank pusat itu turut mengumumkan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan melaksanakan tender pasaran wang konvensional sehingga RM30.3 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM16.9 bilion. - BERNAMA