Tuesday, 16 August 2022

"Program Jualan Keperluan Asas", tawar harga 20% lebih rendah daripada pasaran

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 2 Disember - "Program Jualan Keperluan Asas Untuk Keluarga Malaysia" akan dilancarkan hari ini.

Ia melibatkan pelbagai barangan harian dengan harga antara 15 hingga 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran.

Program merupakan Inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) selain penglibatan beberapa agensi berkaitan perbekalan.

Antara barangan keperluan ditawarkan termasuk ayam proses standard, telur ayam, ikan segar dan sejuk beku selain pelbagai sayuran antaranya cili merah, bawang besar, tomato, sayur berdaun, kubis dan kentang.

Inisiatif ini akan diperluas ke seluruh negara terutama di kawasan bandar utama, pinggir bandar dan pedalaman.

Program ini bakal dilancarkan Perdana Menteri di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.