Logo

Program Pembangunan Francais Mikro dan Francais Mampu Milik, sambutan menggalakkan dan akan diteruskan

PUTRAJAYA, 2 Disember - Program Pembangunan Francais Mikro dan Francais Mampu Milik yang diperkenalkan kerajaan tahun ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari penggiat industri.

Justeru, kerajaan memutuskan untuk meneruskan pelaksanaan program-program tersebut pada tahun hadapan bagi membantu golongan B40 dan M40 menceburkan diri dalam industri Francais.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, Sehingga kini, sebanyak 144 permohonan daripada francaisor dan potensi francaisi bernilai lebih RM22 juta telah diterima untuk diproses.

Sebanyak 8 francaisor dan 29 francaisi telah mendapat bantuan kerajaan menerusi program tersebut dengan peruntukan tahun semasa berjumlah RM4.5 juta.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Malam Anugerah Francais Malaysia 2021 di Putrajaya.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.