Tuesday, 18 January 2022

updated 4:45 AM UTC, Jan 18, 2022

Agenda pemerkasaan Bumiputera terus diperkasa

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 30 November - Agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera terus diberi keutamaan melalui penyediaan pelbagai pakej rangsangan dan pelan pemulihan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata inisiatif ini bagi membantu mereka bertahan dan berdaya saing dalam norma baharu.

Ia turut menjamin usahawan Bumiputera mampu menempa kejayaan sekali gus membantu memulihkan ekonomi negara.

Perdana menteri Berucap demikian pada majlis perasmian Ikon Inspirasi Impian Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) secara maya.

Menerusi Bajet 2022, kerajaan memperuntukkan RM11.4 bilion bagi melaksanakan pelbagai inisiatif ke arah pembangunan Bumiputera.