Tuesday, 16 August 2022

Merdeka 118, pemangkin ekonomi baharu di Kuala Lumpur

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 30 November - Pembinaan Merdeka 118 di ibu negara bakal memberi manfaat kepada keluarga Malaysia apabila menjadi pemangkin ekonomi baharu bandar raya Kuala Lumpur.

Selain melengkapi kawasan membangun lain seperti KLCC dan KL Sentral, presint Merdeka 118 memberi peluang kepada masyarakat setempat menjana ekonomi.

Datuk Seri Ismail Sabri berucap pada Majlis Penyempurnaan Pemasangan Puncak Menara Merdeka 118 di ibu negara.

Tambah beliau, pembinaan Merdeka 118 cerminan penyatuan warisan dan sejarah Malaysia dengan evolusi masa depan selain menghidupkan kembali kawasan bersejarah di Kuala Lumpur.

Ia menempatkan menara Merdeka 118 iaitu bangunan pencakar langit tertinggi di Malaysia dan kedua tertinggi di dunia dengan ketinggian 678.9 meter.

Komponen lain presint Merdeka 118 termasuk 118 Mall, Merdeka Boulevard at 118, Merdeka Textile Museum dan Masjid Merdeka.