Logo

Usaha tingkat industri penternakan ruminan, kerajaan negeri Perlis beri galakan kepada usahawan muda


KANGAR, 30 November - Kerajaan negeri Perlis akan memberi keutamaan kepada usaha meningkatkan industri penternakan ruminan berskala kecil dan sederhana secara komersial.

Salah satunya tumpuan ialah industri penternakan lembu hibrid yang diusahakan golongan belia.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Azlan Man memaklumkan, data tahun 2020 menunjukkan terdapat 759 penternak lembu hibrid di Perlis.

204 daripadanya penternak muda berumur antara 18 hingga 40 tahun.

Ternakan hasil kacukan secara manian berhadas dari jenis Charolis, Limousine, Simmentel, Belgian Blue, Angus, Blonde dan Pledmontere.

Saiznya besar berbanding lembu biasa dengan harga mencecah RM5,000 hingga RM10,000 bagi lembu berumur 6 bulan ke atas berbanding lembu biasa yang berharga antara RM3,000 hingga RM5,000.

Beliau melawat tiga pusat ternakan lembu hibrid di Kangar dan Padang Besar.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.