Logo

Nilai eksport negara dijangka cecah RM1.2 trilion tahun ini

KAJANG, 30 November - Nilai eksport negara dijangka mencecah RM1.2 trilion, tahun ini.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali optimis negara dapat mencapai sasaran prestasi nilai eksport sebanyak RM1.24 trilion yang ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, empat tahun lebih awal.

Oktober lepas, negara mencatat nilai eksport tertinggi iaitu sebanyak RM114 bilion.

Datuk Seri Azmin turut menjelaskan prestasi pelaburan negara bagi tempoh September hingga November ini mencatatkan pelaburan RM300 bilion melebihi sasaran RM270 bilion.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.