Tuesday, 16 August 2022

Dewan Rakyat lulus dua RUU, diputuskan menerusi undian suara majoriti

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 30 November - Dewan Rakyat pada semalam meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2022 peringkat jawatankuasa melibatkan dua Kementerian iaitu Kementerian Belia Dan Sukan dan Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli.

Perkara itu diputuskan menerusi undian suara majoriti.

Peruntukan Kementerian Belia Dan Sukan membabitkan RM622,25,400 telah diluluskan.

Turut diluluskan, peruntukan berjumlah RM1,120,915,300 bagi Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli.

Kesemua peruntukan tersebut membabitkan Perbelanjaan Mengurus dan Perbelanjaan Pembangunan Bajet 2022.