Tuesday, 16 August 2022

MAS tambah penerbangan ke Sarawak mulai 11 Disember

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 27 November - Malaysia Airlines mendapat kelulusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak untuk menambah kekerapan penerbangan ke negeri itu mulai 11 Disember hingga 5 Januari tahun depan.

Syarikat penerbangan itu dalam kenyataan menyebut, pelanggan digalakkan menempah penerbangan lebih awal bagi mendapatkan kadar tambang lebih rendah.

Bagi tempoh perjalanan pada Disember, ia mengenakan tambang purata RM350 sehala dari Kuala Lumpur ke Kuching bermula Oktober lalu.

Kenyataan itu juga menyebut, memandangkan pihak syarikat melaksanakan harga dinamik berdasarkan permintaan dan penawaran, kadar tambang mungkin berbeza bergantung pada tarikh, masa dan kekosongan tempat duduk.

Ini berlaku apabila lebih banyak kapasiti tersedia di pasaran, dengan sendirinya tambang akan turun.

Pada 22 November, tempahan penerbangan mencapai nisbah muatan antara 98 peratus hingga 100 peratus untuk tempoh musim cuti akan datang.