Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Sasar ekonomi negara antara sembilan terbaik di dunia, pendekatan EBP perlu digalakkan

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 25 November - Pendekatan dasar dan peraturan berasaskan bukti (EBP) perlu digalakkan sebagai usaha meletakkan negara antara sembilan ekonomi terbaik di dunia bagi sub indeks Kecekapan Kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pendekatan EBP akan diterapkan dalam mekanisme perancangan, penilaian dan pemantauan.

Jelasnya, dasar dan peraturan berkualiti bakal memudahcara operasi perniagaan, meningkatkan ketelusan dan meminimumkan bebanan kos serta sumber.

Ini membolehkan industri berkembang dengan lebih dinamik dan anjal seterusnya kekal berdaya saing.

Berucap pada perasmian Persidangan Kebangsaan Amalan Baik Peraturan (GRP) secara maya, jelasnya Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) turut menggunakan pendekatan EBP dalam memenuhi keperluan perniagaan ekonomi digital.

Sementara itu katanya, pendekatan Keseluruhan Kerajaan yang menitikberatkan kerjasama rapat dan bersepadu kementerian, agens dan jabatan menjadi asas pelaksanaan GRP.

Beliau turut menegaskan, prinsip, elemen dan proses dalam kaedah GRP mesti diterima pakai semua kementerian dan agensi pengawal selia dalam penggubalan dan semakan dasar serta peraturan.