Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Pelaksanaan projek Hab Lembu Pedaging Felda Sahabat 2, Sabah bakal jadi pengeluar terbesar

  • Published in Ekonomi

LAHAD DATU, 22 November - Sabah akan menjadi pengeluar lembu pedaging terbesar negara dengan pelaksanaan projek Hab Lembu Pedaging Felda Sahabat 2, Lahad Datu melibatkan peruntukan RM12.4 juta.

Projek berkenaan membabitkan kawasan seluas 6,837.46 hektar ladang ternakan dan kawasan meragut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, projek hab berkenaan dilaksana dengan penglibatan Koperasi Sahabat 1 hingga 5 yang dijangka memberi manfaat dalam bentuk dividen tahunan kepada 871 ahli terdiri warga peneroka.

Setakat ini, kawasan hab tersebut sudah mempunyai 268 ekor lembu dan akan menerima 2,100 ekor lembu lagi sehingga Jun tahun depan secara berperingkat.