Logo

Rangka Tindakan Perdagangan Nasional dilancarkan, lonjak daya saing perdagangan

PUTRAJAYA, 25 Oktober - Rangka Tindakan Perdagangan Nasional dilancarkan bagi memperkukuh kedudukan perdagangan Malaysia di peringkat antarabangsa.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pelan strategik lima tahun itu mengandungi lapan teras strategik dan 40 syor.

Rangka tindakan itu melibatkan kerjasama kerajaan dan swasta.

Cadangan yang digariskan bakal meningkatkan daya saing perdagangan.

Perdana Menteri berucap ketika melancarkan Rangka Tindakan Perdagangan Nasional secara maya.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.