Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Pelabur Eropah beri komitmen labur RM14.1 bilian di Malaysia

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 23 Oktober - Malaysia mengekalkan kedudukan sebagai destinasi utama pelabur asing, menerusi komitmen pelaburan berjumlah RM14.1 bilion oleh pelabur Eropah.

Ia dicapai menerusi Misi Perdagangan dan Pelaburan ke rantau berkenaan, diketuai Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Misi yang berlangsung dari 13 hingga 21 Oktober lalu merekodkan potensi pelaburan langsung asing; FDI dari Jerman sebanyak RM10.7 bilion.

Manakala FDI dari Perancis dan United Kingdom, masing-masing berjumlah RM2.6 bilion dan RM800 juta.

Negara turut mencatat potensi eksport keseluruhan berjumlah RM400 juta sepanjang misi berkenaan.

Potensi eksport ke Perancis berjumlah RM300 juta, manakala Jerman dan United Kingdom masing-masing berjumlah RM50 juta.

Sepanjang misi ke Eropah, Datuk Seri Mohamed Azmin turut berkongsi visi negara dalam melaksanakan agenda mampan yang mendapat respon positif daripada komuniti perniagaan rantau berkenaan.