Monday, 18 October 2021

updated 4:33 AM UTC, Oct 18, 2021

Ekonomi digital antara potensi besar pelaburan Malaysia-China

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 14 Oktober - Sebanyak 71 pembuatan projek dengan penyertaan negara China dijangka menjana lebih 10,000 peluang pekerjaan di Malaysia.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, China kekal menjadi pelabur utama negara sejak tahun 2016 dengan pelaburan sebanyak AS$4.41 bilion tahun lalu.

Ekonomi digital, revolusi perindustrian keempat dan pembangunan lestari merupakan bidang pelaburan yang boleh dibangunkan antara Malaysia dan China.

Sejak tahun 2009, China telah menjadi rakan dagang terbesar di Malaysia yang menyumbang 18.6 peratus daripada jumlah perdagangan, tahun lalu.

Malaysia juga menjadi antara negara pertama menyokong insiatif jalur dan laluan yang diasaskan China.

Perdana Menteri berucap dalam Majlis Perasmian Pameran Import dan Eksport China (CANTON FAIR) ke 130 secara maya.