Monday, 18 October 2021

updated 4:33 AM UTC, Oct 18, 2021

Malaysia sedia kembali sebagai hab pelaburan serantau, antarabangsa

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 14 Oktober - Malaysia kini bersedia menjadi hab pelaburan serantau dan antarabangsa disokong pembukaan selamat sektor perniagaan dan kejayaan program vaksinasi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yakin, hasrat itu mampu dizahirkan dengan kerjasama seluruh Keluarga Malaysia untuk hidup dalam amalan norma baharu.

Malaysia menawarkan persekitaran pelaburan kondusif selain kedudukan strategik sebagai pintu masuk ke pasaran ASEAN melalui Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

Beliau menyampaikan ucaptama perasmian Persidangan Maya Invest Malaysia 2021.