Logo

Kerugian perbelanjaan pelancongan Malaysia dijangka meningkat kepada RM165 bilion, lebih tinggi berbanding tahun lalu

KUALA LUMPUR, 7 Oktober - Anggaran kerugian daripada hasil perbelanjaan pelancongan negara dijangka meningkat kepada RM165 bilion tahun ini.

Menurut Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri, kerugian lebih tinggi berbanding RM135 bilion yang direkodkan tahun lalu, berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.

Jelasnya, sepanjang tempoh 12 bulan lalu, sektor pelancongan berdepan cabaran besar apabila hanya sebilangan kecil perniagaan dibenar beroperasi selain ramai individu kehilangan pekerjaan.

Sementara itu jelasnya, negara sedang membuat persiapan untuk membuka Langkawi kepada pelancong antarabangsa susulan kejayaan gelembung pelancongan domestik pulau tersebut.

Sejak dimulakan 16 September lalu, lebih 38,000 kedatangan pelancong direkodkan dengan hasil pendapatan berjumlah RM15.97 juta.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.