Tuesday, 26 October 2021

updated 5:28 AM UTC, Oct 26, 2021

PSU: RM17.06 bilion disalurkan setakat awal September

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 4 Oktober - Sejak Januari hingga 3 September lalu, lebih RM17 bilion telah disalur bagi Program Subsidi Upah (PSU).

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, RM2.95 bilion daripadanya melibatkan PSU 3.0 dan 4.0, yang memanfaatkan 216,532 penerima.

Manakala baki RM14.11 billion lagi kepada hampir 400,000 penerima bagi PSU 1.0 dan 2.0.

Seramai 284,659 majikan memohon bagi PSU 3.0 dan 4.0.

Manakala bagi PSU 1.0 dan 2.0, 428,516 majikan.

Beliau menjawab pertanyaan wakil Ipoh Timur - Wong Kah Woh secara bertulis di Dewan Rakyat.