Tuesday, 26 October 2021

updated 12:33 PM UTC, Oct 26, 2021

Kerajaan kenal pasti lebih banyak peluang baharu pembangunan ekonomi pantai timur

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 4 Oktober - Kerajaan sedang mengenal pasti peluang untuk merancakkan lagi pembangunan di Pantai Timur selain memastikan projek yang dilaksanakan berjalan lancar.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi hantaran di Facebook.

Beliau yakin menerusi strategi yang betul, ia pasti akan menarik lebih banyak pelaburan bagi membantu pembangunan ekonomi.

Ini secara langsung akan menambah baik kualiti hidup rakyat, mencipta peluang pekerjaan dan meningkatkan keupayaan PKS.

Beliau sebelum itu mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur, melalui sidang maya.