Tuesday, 26 October 2021

updated 12:33 PM UTC, Oct 26, 2021

Expo Dubai 2020: 40 MoU dijangka dimeterai Malaysia

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 23 September - Penyertaan Malaysia dalam acara Expo Dubai 2020 berupaya menarik pelaburan dan perdagangan bernilai hingga RM10 bilion.

40 perjanjian persefahaman (MoU) juga dijangka dimeterai merangkumi bidang inovasi dan teknologi, pelancongan, kewangan, dan industri halal.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba yakin, acara antarabangsa itu akan menjadi pemangkin kepada kebangkitan ekonomi global yang berdepan cabaran pandemik.

Lebih 300 syarikat tempatan akan terlibat dengan ekspo berkenaan menerusi penganjuran 26 acara berkaitan perdagangan dan perniagaan.

Delegasi negara diketuai MOSTI, bersama-sama agensinya, Pusat Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau Malaysia (MGCC) selaku agensi pelaksana.

Lebih 190 negara dan organisasi akan menyertai ekspo tersebut yang berlangsung dari 1 Oktober hingga 31 Mac tahun depan.