Thursday, 23 September 2021

updated 1:42 PM UTC, Sep 23, 2021

NAFAS umum lapan peratus dividen Dana Peladang Kebangsaan

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 10 September - Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mengumumkan dividen 8 peratus Dana Peladang Kebangsaan (DPK) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 untuk Skim Pelaburan Khas Peladang .

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, nilai keseluruhan agihan dividen itu berjumlah RM7.6 juta, melibatkan 5,323 pelabur.

DPK mencatat keuntungan RM9.05 juta bagi tahun 2020, berbanding RM9.29 juta tahun sebelumnya.

Dalam pada itu,DPK memberikan pulangan yang kompetitif secara konsisten, dengan purata dividen sebanyak 8.8 peratus bagi lima tahun sejak tahun 2016.

DPK dilancarkan pada 17 Disember 2012, bagi menyediakan perkhidmatan kewangan serta menggembleng dana untuk diagihkan kepada ahli serta rangkaian Pertubuhan Peladang.

Antara projek dibiayai DPK tanaman semula ladang sawit, pembelian jentera pertanian, modal pusingan ternakan ayam dan stesen minyak.