Thursday, 23 September 2021

updated 1:42 PM UTC, Sep 23, 2021

Pengusaha IKS dengan sijil halal berpotensi tembus pasaran global

  • Published in Ekonomi

KUALA PILAH, 10 September - Pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang mempunyai sijil halal berpotensi untuk dikomersialkan dan menembusi pasaran di peringkat global.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Eddin Syazlee Shith, pihaknya akan meneliti keperluan dan kemampuan usahawan IKS.

Mereka akan dilatih mengembangkan perusahaan terutamanya bagi pengusaha dari kawasan luar bandar.

Datuk Eddin berkata, usaha itu dilihat mampu memulihkan industri makanan halal yang terjejas berikutan pandemik COVID-19 dan kebergantungan terhadap pengimportan makanan dari luar negara.

Malah perkembangan industri berkenaan akan mengurangkan aliran defisit ke luar negara serta menjana peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Bahan Sokongan KSSM SPM 2021 dan perasmian studio Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Kuala Pilah.