Thursday, 23 September 2021

updated 1:42 PM UTC, Sep 23, 2021

Basmi kemiskinan: Penggubal dasar perlu tingkat usaha lakukan pembaharuan

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 10 September - Penggubal dasar perlu meningkatkan usaha dan melaksanakan pembaharuan sewajarnya bagi membendung kemiskinan di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, usaha membasmi kemiskinan akan menjadi salah satu keutamaan dalam Rancangan Malaysia ke-12.

Meskipun negara telah berjaya mengurangkan kemiskinan tegar, namun masih banyak yang perlu dilakukan untuk membasmi kemiskinan sepenuhnya seperti dilakukan China. 

Dasar ekonomi dan sosial China telah membantu negara itu mencapai matlamat pengurangan kemiskinan 10 tahun lebih awal daripada sasaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Datuk Seri Mustapa menyampaikan ucaptama sempena Forum Antarabangsa mengenai Keterangkuman Baharu Asia 2021 secara maya.

Menurut Bank Dunia, kadar kemiskinan ekstrem global meningkat buat pertama kali tahun lalu dalam tempoh 20 tahun disebabkan pandemik COVID-19.