Thursday, 23 September 2021

updated 1:42 PM UTC, Sep 23, 2021

Pembangunan industri halal bantu perkukuh ketahanan ekonomi negara

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 9 September - Industri Halal Malaysia merupakan ciri utama dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pemulihan industri berkenaan memainkan peranan dalam menjamin ketahanan ekonomi negara yang majoriti penduduknya adalah beragama Islam.

Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) yang bertanggungjawab meneraju pembangunan industri halal, telah memperkenalkan rangka kerja di bawah Pelan Induk Industri Halal 2030.

Ia berperanan mengukuhkan pembangunan industri halal negara bagi tempoh 10 tahun akan datang.

Pelan berkenaan turut mengandungi Platform Bersepadu Halal, yang akan membantu usahawan meneroka peluang perniagaan baharu di pasaran domestik dan antarabangsa.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, pada Persidangan Perniagaan Halal Sedunia 2021, anjuran HDC secara maya.