Thursday, 23 September 2021

updated 1:42 PM UTC, Sep 23, 2021

MoF setuju terbit kertas konsultasi Awam (KKA), jagi pelengkap kenyataan Pra-Bajet 2022

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 3 September - Kementerian Kewangan (MoF) bersetuju untuk menerbitkan Kertas Konsultasi Awam (KKA) dan mempelawa orang ramai berkongsi idea bagi Bajet 2022.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, KKA akan menjadi pelengkap kepada Kenyataan Pra-Bajet 2022 yang diterbitkan baru-baru ini.

Jelasnya, sebagai langkah permulaan, empat kertas konsultasi awam akan diterbitkan untuk mendapatkan input kepada Bajet 2022.

Ia termasuk Penambahbaikan Dasar Perolehan Kerajaan berkaitan Barangan/Perkhidmatan Tempatan dan Bumiputera, Penambahbaikan Program Bantuan Tunai, Kajian Insentif Cukai; dan Penggubalan Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA).

MoF yakin penerbitan KKA buat kali pertama ini akan menyediakan lebih banyak peluang kepada semua pihak berkepentingan untuk memberi maklum balas masing-masing ke arah perangkaan sebuah bajet yang memenuhi keperluan rakyat serta selaras dengan dasar dan objektif negara.