Thursday, 23 September 2021

updated 1:42 PM UTC, Sep 23, 2021

RMK-12 tetapkan hala tuju ekonomi

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 28 Ogos - Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat tidak lama lagi akan menetapkan hala tuju ekonomi negara untuk jangka sederhana dan jangka panjang.

Ia diumumkan Datuk Seri Mustapa Mohamed yang dilantik semula sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi).

Menerusi satu kenyataan, beliau menyatakan kombinasi barisan kabinet baharu ini mampu melaksanakan Pelan Pemulihan Negara dengan cekap.

Pelan ini adalah untuk kesejahteraan rakyat serta membebaskan "Keluarga Malaysia" daripada pandemik COVID-19.

Ahli Parlimen Jeli itu juga mengucapkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri kerana memberi kepercayaan kepada beliau untuk melaksanakan tugas sebagai menteri dalam portfolio itu.