Sunday, 1 August 2021

updated 2:02 AM UTC, Aug 1, 2021

RM147 bilion bantu tangani kesan pandemik terhadap PKS dan PKS Mikro

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 30 Jun - Kerajaan komited menangani kesan pandemik dialami sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan PKS Mikro.

Terbaharu, ia dizahirkan melalui peruntukan dan bantuan dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan Perdana Menteri dua hari lalu.

Sementara Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) melalui agensinya, SME Corp terus mengangkat peranan PKS dan PKS Mikro sebagai tulang belakang ekonomi negara.

PKS menerima manfaat menerusi beberapa Pakej Rangsangan Ekonomi sejak tahun lalu termasuk PENJANA, PRIHATIN, PRIHATIN PKS, PERMAI, PEMERKASA, dan terbaharu PEMULIH.

Ia melibatkan peruntukan lebih RM147 bilion.

Tan Sri Muhyiddin juga berharap rakyat Malaysia dapat memberi sokongan penuh kepada usahawan mikro, kecil dan sederhana yang menyertai pameran melalui modul e-Pameran platform MyAssist MSME.

Sekali gus ia dijangka mampu membantu menggiatkan kembali ekonomi negara.

Perdana Menteri berucap ketika merasmikan Minggu PKS Kebangsaan 2021 dan melancarkan Portal MyAssist MSME secara maya hari ini.

MyAssist MSME menjadi platform digital bagi PKS mendapatkan maklumat, khidmat nasihat dan bimbingan, selain peluang pemasaran secara dalam talian di bawah satu bumbung.