Logo

Pelaburan di Kedah bukti keyakinan pelabur terhadap kerajaan

 

SIK, 26 Jun - Pelaburan berjumlah RM8.705 billion menerusi Wilayah Pembangunan Ekonomi Koridor Utara, NCER ke Kedah menunjukkan keyakinan pelabur terhadap potensi, keupayaan dan komitmen jitu ditunjukkan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Beliau bercakap selepas meninjau tapak Kompleks Pendidikan Asnaf Zakat Kedah, Lembaga Zakat Negeri Kedah, LZNK di Kampung Batu Seketul, Sik, Kedah, pagi tadi.

Semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempengerusikan Mesyuarat Ke-26 Ahli Lembaga Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) mengumumkan sebanyak RM16 billion pelaburan swasta telah diluluskan di empat negeri NCER iaitu Kedah, Perak, Perlis dan Pulau Pinang.

RM8.705 bilion melibatkan pelaburan di Kedah.

Dua syarikat akan melabur di Kedah Rubber City (KRC) Padang Terap dan dua lagi di Kulim Hi-Tech Park (KHTP).

KRC akan menerima pelaburan berjumlah RM1.5 bilion dan menawarkan peluang pekerjaan kepada 2,600 orang.

Satu lagi pelaburan oleh LTS Logistics Sdn Bhd untuk membina gudang bagi depot kontena dan hub logistik bernilai RM55 juta.

Pelaburan dua syarikat gergasi di KHTP dengan jumlah keseluruhan RM7.15 bilion dan menawarkan pekerjaan kepada 12,615 orang.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.