Sunday, 1 August 2021

updated 2:02 AM UTC, Aug 1, 2021

Rundingan awam-swasta, usaha rangka dasar dan tingkatkan kefahaman kesan COVID-19

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 23 Jun - Kerajaan komited meneruskan rundingan awam-swasta sebagai usaha merangka dasar yang lebih baik pada masa hadapan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, rundingan akan turut meningkatkan kefahaman mengenai kesan COVID-19 kepada ekonomi serta pasca pemulihan pandemik.

Berucap pada pelancaran Laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia Jun 2021 Bank Dunia secara maya, beliau turut mengambil maklum mengenai semakan semula unjuran pertumbuhan ekonomi negara oleh Bank Dunia.

Ekonomi negara berada pada trajektori pemulihan kukuh sebelum Mei 2021 dengan pertumbuhan KDNK dan petunjuk ekonomi yang lebih baik pada suku pertama.

Namun, peningkatan kes COVID-19 dan pelaksanaan semula sekatan pergerakan telah memberi kesan kepada pemulihan ekonomi.