Logo

Perjanjian pelaburan Kumpulan Sunway dan GIC Private Limited bukti keyakinan terhadap sektor penjagaan kesihatan negara

PUTRAJAYA, 23 Jun - Kumpulan Sunway memeterai perjanjian pelaburan dengan syarikat dana kekayaan berdaulat Singapura, GIC Private Limited.

Sejumlah RM750 juta akan dilaburkan syarikat berkenaan mewakili 16% pegangan dalam segmen penjagaan kesihatan Kumpulan Sunway.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, transaksi tersebut bukti keyakinan pelabur terhadap Malaysia sebagai destinasi pelaburan khususnya dalam sektor penjagaan kesihatan.

Beliau berkata demikian menerusi ucaptama yang disampaikan secara dalam talian.

Tambahnya, sektor penjagaan kesihatan dijangka berkembang pada kadar 127% dan berpotensi menyumbang sejumlah RM127 bilion kepada ekonomi menjelang 2027.

Keupayaan yang dibekalkan oleh perkhidmatan kesihatan swasta menawarkan kepakaran petugas kesihatan terlatih menjadikan Malaysia destinasi ideal pelancongan kesihatan rantau ini.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.