Sunday, 1 August 2021

updated 2:02 AM UTC, Aug 1, 2021

Perbincangan mekanisme subsidi minyak masak pada peringkat akhir

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 23 Jun - Isu peningkatan harga minyak masak.

Satu mekanisme terbaik subsidi minyak masak dalam botol dengan kapasiti 2 kilogram atau 5 kilogram sedang diteliti dan kini pada peringkat akhir.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata perkara itu akan dibentangkan pada mesyuarat mingguan Kabinet hari ini.

Selain kementeriannya, perbincangan itu turut melibatkan Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali ditemui selepas menjadi tetamu pada Program Bicara Politikonomi di Angkasapuri.