Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

GKP 3.0: Hampir satu juta PKS mikro terima RM1,000 mulai 10 Jun

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 9 Jun - Hampir satu juta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro akan menerima bayaran berjumlah RM1,000 bagi setiap penerima bermula 10 Jun ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, agihan itu merangkumi penerima sedia ada Geran Khas Prihatin (GKP) 1.0 dan GKP 2.0 serta PKS mikro yang baru diluluskan permohonannya.

Menurut beliau, pembayaran akan dibuat secara berperingkat melibatkan peruntukan hampir satu bilion ringgit.

Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem Geran Khas.

Semakan status kelulusan boleh dibuat mulai hari ini menerusi pautan
SEMAKAN STATUS KELULUSAN: https://gkp.hasil.gov.my.

Bayaran tambahan sebanyak RM500 melibatkan peruntukan hampir RM500 juta pula akan dibayar pada Julai ini.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan bayaran di bawah GKP 3.0 sebanyak RM1.5 bilion ringgit.

Secara keseluruhan, RM5.08 bilion telah dan akan disalurkan di bawah GKP sejak COVID-19 melanda negara.

Di bawah Pemerkasa Plus, kerajaan mengumumkan kadar GKP ditingkatkan kepada RM1,500 daripada RM1,000 sebelum ini.