Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Maybank luluskan RM32 bilion nilai permohonan penangguhan pembayaran pinjaman

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 20 Mei - Maybank telah memproses lebih 200,000 permohonan bantuan pembayaran balik dan meluluskan RM32 bilion nilai permohonan yang layak setakat ini.

37% daripada permohonan telah diberi penangguhan pembayaran ansuran bulanan bagi pembiayaan mereka.

Manakala bagi pelanggan yang lain pembayaran ansuran bulanan dikurangkan mengikut tempoh yang ditetapkan.

Maybank dalam satu kenyataan memaklumkan selain meneruskan Bantuan Pembayaran Balik, bank turut komited menyediakan pelbagai penyelesaian pembiayaan untuk perniagaan dan individu yang terjejas akibat COVID-19.

Untuk kemudahan pelanggan, permohonan Bantuan Pembayaran Balik boleh dibuat melalui empat saluran mudah.

Ini termasuk permohonan dalam talian menerusi Maybank2u atau Maybank2u Biz dan menerusi e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. (pelanggan individu) dan Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. (pelanggan PKS)

Selain itu, pelanggan juga boleh mengunjungi mana-mana cawangan, Pusat PKS Pusat Pembiayaann Auto atau hubungi talian Khidmat Pelanggan Maybank 1-300-88-6688