Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Bantuan AIBIM untuk pelanggan terkesan COVID-19

  • Published in Covid19

KUALA LUMPUR, 13 Mei - Bank-bank di bawah Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) komited untuk terus membantu pelanggan yang terkesan dengan

COVID-19 dan berdepan kesulitan membuat bayaran balik pembiayaan.

AIBIM dalam satu kenyataan memaklumkan pihak bank telah merangka proses permohonan dan keperluan dokumentasi yang ringkas bagi memudahkan pelanggan mendapatkan bantuan.

Pelanggan hanya perlu menghubungi pihak bank untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan yang bersesuaian.

Sehingga 26 Mac lalu, bank-bank secara kolektif telah meluluskan lebih 95% daripada 1.6 juta permohonan yang diterima di bawah Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar.

Ini termasuk permohonan moratorium pembiayaan dan pengurangan bayaran bulanan. 

AIBIM turut menggesa pelanggan yang terjejas untuk segera berunding dan mendapatkan bantuan daripada institusi perbankan.