Wednesday, 23 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Kerajaan tiada rancangan laksana moratorium, rakyat masih terima manfaat pakej rangsangan dan Belanjawan 2021

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 12 Mei - Meskipun tiada pelaksanaan moratorium secara automatik selaras Perintah Kawalan Pergerakan, PKP 3.0. Ini tidak bermaksud kebajikan golongan rentan dipinggirkan.

Jelas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, rakyat masih lagi menerima manfaat ditawarkan menerusi pakej rangsangan terdahulu, selain peruntukan Belanjawan 2021.

Pelbagai inisiatif antaranya Program Subsidi Upah, Geran Khas Prihatin dan Bantuan Prihatin Rakyat, masih dilaksanakan bagi memanfaatkan individu dan sektor perniagaan terjejas.

RM10 bilion daripada keseluruhan RM27 bilion Dana COVID-19, dibelanjakan setakat April 2021.

Mengulas lanjut, pelaksanaan PKP 3.0 akan mengguna-pakai strategi sama seperti PKP 2.0, yang menyaksikan Kadar Dalam Negara Kasar menguncup pada kadar 0.5%.

Ia lebih baik berbanding kadar penguncupan mendadak 17.1% yang dicatat pada tempoh PKP pertama, tahun lepas.

Beliau menjelaskan perkara pada Sesi Taklimat Media Pelaksanaan PKP 3.0, di Putrajaya.