Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Harga minyak sawit mentah catat prestasi terbaik dalam sejarah

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 11 Mei - Harga minyak sawit mentah (MSM) Malaysia melonjak kepada 12.03% sejak 15 Mac 2021.

Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir menjelaskan komoditi itu mendapat permintaan tinggi berikutan kenaikan harga minyak kacang soya.

Peningkatan eksport minyak sawit dan stoknya yang terkawal turut membantu meningkatkan harganya.

Harga MSM melonjak kepada RM4,758.50 (setan) pada 7 Mei lalu dan merupakan prestasi terbaik dalam sejarah minyak sawit.

Eksport minyak sawit Malaysia meningkat 12.6% kepada 1.34 juta tan pada April 2021 daripada 1.19 juta tan pada Mac 2021.

Ia berikutan permintaan yang meningkat daripada negara pengimport utama.