Wednesday, 23 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Projek Transformasi Perusahaan Industri Getah beri tumpuan hasilkan getah krip

  • Published in Ekonomi

PADANG BESAR, 10 Mei - Di sebalik harga getah seluruh dunia yang tidak menentu, Lembaga Getah Malaysia (LGM) melalui Projek Transformasi Perusahaan Industri Getah akan memberi tumpuan kepada penghasilan getah krip.

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi bersedia menyalurkan geran sebanyak RM6 juta menerusi 20 koperasi pekebun getah seluruh negara bagi menyediakan mesin getah krip.

Menterinya, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali, yakin dengan penglibatan menyeluruh pekebun getah dalam projek yang mampu meningkatkan pendapatan pekebun atau penoreh getah.

Harga getah krip jauh lebih tinggi berbanding getah skrap ketika ini dengan pihak Perbadanan Lembaga Getah Malaysia bertanggungjawab memasarkan di peringkat antarabangsa dengan perolehan pendapatan lebih tinggi.

Beliau menyatakan demikian pada Program Penyampaian Sumbangan Bantuan kepada Pekebun Kecil Getah di Parlimen Padang Besar.

Di Perlis sahaja terdapat 3,800 pekebun atau penoreh getah dan pelaksanaan Projek Transformasi Perusahaan Industri Getah mampu melonjakkan pendapatan kumpulan sasar.