Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Usahawan PKS perlu adaptasi teknologi terkini

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 9 Mei - Usahawan tempatan terutama pengusaha kecil sederhana (PKS) perlu berani mengadaptasi teknologi terkini dengan bertukar kepada model perniagaan secara digital ataupun menggunakan platform e-dagang.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menegaskan, dalam situasi pendamik COVID-19 yang melanda ketika ini, mereka tidak lagi boleh bergantung kepada perniagaan yang berbentuk konvensional.

Hasil tinjauan ini jelas beliau, menunjukkan perubahan trend pengguna yang semakin cenderung kepada e-dagang.

Datuk Seri Wan Junaidi sebelum itu merasmikan penutup Bazar Jualan Murah Raya MEDAC di Putrajaya.

Bazar jualan murah ini memberi peluang kepada usahawan menjual produk masing-masing secara fizikal dan juga dalam talian melalui platform Warongku dan Jimatbiz.