Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Kedudukan tenaga buruh catat kadar pengangguran rendah pada 4.7 peratus

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 7 Mei - Kedudukan tenaga buruh setakat suku pertama tahun ini merekodkan kadar pengangguran lebih rendah iaitu 4.7 peratus, bersamaan 753,000 penganggur.

Melalui satu kenyataan, Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin menyatakan perbandingan bulan ke bulan menunjukkan situasi tenaga buruh semakin baik pada Mac susulan peningkatan bilangan penduduk yang bekerja.

Mengikut sektor ekonomi, bilangan penduduk bekerja dalam Sektor Perkhidmatan terus meningkat pada Mac, terutamanya aktiviti Perdagangan, Borong dan Runcit, Perkhidmatan Makanan dan Minuman, Pendidikan, Kesihatan serta Kemanusiaan dan Kerja Sosial.

Selain itu, sektor Pembuatan dan Pembinaan terus mencatatkan peningkatan manakala guna tenaga dalam sektor Pertanian, Perlombongan dan Pengkuarian kekal dalam trend menurun.

Pemulihan kedudukan tenaga buruh dijangka berterusan disokong pembukaan semula lebih banyak aktiviti perniagaan.

Selain, peluasan program vaksinasi COVID-19 kepada komuniti yang lebih ramai.

Bagaimanapun, momentum positif ini dipengaruhi ketidaktentuan situasi kesihatan dan seterusnya prestasi ekonomi negara.