Logo

Proton catat peningkatan jualan bulan ketiga

KUALA LUMPUR, 4 Mei - Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd mencatatkan peningkatan jualan bagi bulan ketiga berturut-turut.

Bulan lalu, 15,017 unit kenderaan dijual dengan peningkatan 0.18% bagi tempoh bulan ke bulan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah, Proton mengukuhkan kedudukan di tempat kedua dari segi prestasi jualan.

Pegangan pasaran tahun ini dianggar pada 24.4% dengan jumlah keseluruhan jualan 47,843 unit bagi empat bulan pertama 2021.

Model Proton Saga kembali merekodkan jualan tertinggi di peringkat nasional dengan 5,472 unit terjual pada April.

Model kenderaan utiliti sukan (SUV) turut mencatatkan jualan kukuh dengan 5,684 unit Proton X50 dan X70 diserahkan kepada pelanggan.

Sementara itu, jumlah keseluruhan industri dianggar melebihi 56,000 unit memandangkan semua jenama giat memenuhi tempahan sebelum insentif cukai jualan di bawah pakej Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) tamat akhir Jun ini.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.