Saturday, 15 May 2021

updated 2:03 PM UTC, May 15, 2021

BPR fasa 2 : bayaran mula diagihkan mulai 7 Mei

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 4 Mei - Pembayaran fasa dua Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuat secara berperingkat bermula 7 Mei ini.

Ia bakal memanfaatkan 8.4 juta penerima, merangkumi 3.6 juta isi rumah, 1 juta warga emas dan 3.8 juta individu bujang.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, jumlah peruntukan ditambah kepada RM2.75 bilion berbanding fasa sebelum ini.

Penerima kategori isi rumah dan individu bujang yang sebelum ini menerima RM300 dan RM150 akan mendapat bayaran antara RM150 hingga RM600.

Semakan status kelulusan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) boleh dibuat mulai 7 Mei 2021 melalui pautan https://bpr.hasil.gov.my.

Mereka yang gagal boleh membuat rayuan bermula 15 hingga 30 Jun.